MESYUARAT
JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DAN HEALTH
PROMOTIC CLINIC (HPC)
BIL 1/2022
KLINIK KESIHATAN CHERAS BARU
Tarikh :
25 Januari 2022, Jumaat
Masa :
8pagi hingga 12.15 tghari
Tempat :
Bilik mesyuarat, Klinik kesihatan Cheras Baru
KEHADIRAN:
1.
Dr Wong Ping Foo-Penasihat EKSA, Pakar perubatan Keluarga UD56
2.
Dr. Nadiah binti Mohamad Zaki - Pengerusi/penyelaras Pegawai
Perubatan UD52
3.
. SN Nur Syifak binti Mohd Shakir - Setiausaha JT U29
4.
Dr. Rabiahtul Adawiah - Ketua Jawatankuasa Audit Pegawai Perubatan
UD43
5. SN.
Mazlina binti Md. Yatim - Bendahari Jururawat Terlatih U29
6. SN. Siti
Noraida - Ketua Jawatankuasa Promosi Jururawat Terlatih U29
7. Sharfizal
md isa – Ketua Jawatankuasa Latihan. PPP U29
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Tuan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat
di dalam Mesyuarat jawatankuasa EKSA kali pertama pada tahun 2022.
1.2 Tuan
pengerusi telah membentangkan sekali lagi senarai jawatankuasa EKSA untuk
klinik dan juga fungsi untuk setiap ahli jawatankuasa.
1.3 pengerusi merasa sukacita kerana banyak penambahbaikan yang
telah dijalankan di klinik ini dan pemantauan terhadap aktiviti eksa di
setiap ruang kerja hendaklah dilakukan bagi mengekalkan keadaan yang baik
di klinik.
2.
PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.1 Hasil
audit dalaman 2021
2.1.1 secara keseluruhan ruang kerja bertambah baik selepas gotong
royong telah dijalankan kecuali persekitaran luar klinik. Terdapat banyak
aspek keselamatan yang perlu ditambahbaik terutamanya di rumah pengawal
keselamatan dan ruang parking. Ini kerana pernah terjadi kehadiran
binatang buas seperti ular kerana kawasan sekitar ini bersemak dan
terdapat barang yang tidak dilupuskan dengan baik.
Makluman
2.2
Lain-Lain perkara berbangkit
2.2.1
Bilik 5: untuk menggantikan pintu bilik 5 yang telah rosak permukaannya
2.2.2 Stor penyimpanan barang tidak tersusun, pelupusan
barang-barang yang tidak perlu hendaklah dijalankan.
2.3 Penetapan
Carta Perbatuan
2.3.1 Carta perbatuan telah
dirancang untuk aktivit sepanjang tahun: mesyuarat telah bersetuju untuk
mengadakan aktiviti seperti berikut:
Aktiviti
Unit Latihan:
mengadakan
CME EKSA . Cadangan tarikh pada Mac2022. focus CME kepada anggota baru.
Aktiviti
Unit promosi:
Mengadakan
pertandingan aktiviti pengiktirafan seperti zon terbaik melalui bulletin atau
iklan yang akan dikemaskini di sudut EKSA dan juga Whassap group klinik.
Aktiviti
Unit Audit:
Mengadakan
Audit dalaman sebanyak dua kali setahun iaitu pada Apri untuk audit
bilangan pertama dan ogos untuk bilangan kedua. Tarikh akan
diberitahu kemudian.
Lain-lain:
1. Mengadakan gotong royong perdana peringkat klinik. Tarikh yang
dicadangkan adalah pada Jun 2022.
2. Mengadakan lawatan ke premis yang telah menjalankan EKSA dan
mendapat persijilan contohnya klinik pergigian dan unit farmasi.
Tindakan: semua AJK
3.
PENUTUP
Pengerusi
mengucapkan terima kasih di atas pandangan dan cadangan yang diberikan. Beliau
mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk memberikan komitmen yang tinggi
dalam menjalankan EKSA dan HPC di peringkat klinik. Mesyuarat
ditangguhkan sehingga diberitahu tarikh yang akan datang.
Disediakan
oleh:
…………………………………..
(Nur
Syifak binti Mohd Shakir)
Setiausaha
EKSA Klinik Kesihatan Cheras Baru.
Disahkan
oleh:
…………………………………..
(DR
NADIAH BINTI MOHAMAD ZAKI)
Penyelaras
EKSA dan HPC Klinik Kesihatan Cheras Baru.