Jawatankuasa Latihan EKSA telah mengadakan CME ringkas berkenaan Kesedaran EKSA kepada warga kerja KK Cheras Baru pada 4 Jun 2021 melalui aplikasi Zoom. CME ini telah diberikan oleh Dr Nadiah Mohamad Zaki.
Skop CME ini adalah sebagai ulangkaji dan informasi baru juga kepada staf baru tentang pengenalan EKSA.
CME EKSA ini turut dihadiri oleh Dr Wong Ping Foo selaku ketua klinik & Pengerusi EKSA.
Dr Wong turut menyampaikan amanat kepada warga kerja KK Cheras Baru supaya sentiasa berganding bahu kerana EKSA bukan hanya untuk menghasilkan klinik yang kemas dan kondusif tetapi supaya kita semua turut merasa gembira dan tenang melakukan kerja.