MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) dan HPC
BIL
1/2021
KLINIK
KESIHATAN CHERAS BARU
Tarikh : 8 Januari
2021, Jumaat
Masa : 8pagi
hingga 10.45 pagi
Tempat : Bilik
mesyuarat, Klinik kesihatan Cheras Baru
KEHADIRAN:
1. Dr Wong Ping Foo - Pengerusi
Pakar
Perubatan Keluara UD56
2.
Dr. Nadiah binti Mohamad Zaki - Penyelaras
Pegawai Perubatan UD48
3.
Dr. Masita binti Musa - Setiausaha
Pegawai Perubatan UD54
4.
Dr. Chan Hiang Ngee - Ketua Jawatankuasa Audit EKSA
Pegawai Perubatan UD52
5.
SN. Mazlina binti Md. Yatim - Bendahari EKSA
Jururawat Terlatih U29
6.
SN. Siti Noraida binti Abdul
Rahman - Ketua Jawatankuasa Promosi
Jururawat Terlatih U29
- Penyelaras/LO HPC
7.
Dr Anis Nadirah Mohd Zainudin - Ketua Jawatankuasa Latihan
Pegawai perubatan UD43
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1
Tuan pengerusi mengalu-alukan
kehadiran semua ahli mesyuarat di dalam Mesyuarat jawatankuasa EKSA/HPC kali pertama
pada tahun 2021.
1.2
Tuan pengerusi mengumumkan
tujuan mesyuarat dijalankan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi audit EKS
pada bulan Jun dan audit HPCpada September 2021. Oleh itu penting untuk kita
sentiasa bersedia bagi mengekalkan prestasi cemerlang audit HPC pada tahun
lepas iaitu mendapat markah 91%. Pada tahun ini juga merupakan pertama kali
klinik akan diaudit tentang perlaksanaan EKSA.
1.3
pengerusi meminta semua
jawatankuasa untuk membangkitkan masalah untuk sama-sama menjalankan langkah
penyelsaian.
2. PERKARA-PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
2.1
Carta Organisasi
2.1.1
Mengemaskini carta organisasi
Klinik lengkap dengan nama dan gambar staf. Melantik dua orang jawatankuasa
bagi setiap unit Latihan, audit dan promosi. Carta organisasi seperti di
lampiran.
Makluman
2.2
HPC: sudut pendidikan kesihatan
2.2.1
Mesyuarat bersetuju untuk
mengekalkan sudut-sudut pendidikan kesihatan yang sedia ada iaitu sudut
berhenti merokok, sudut HIV,sudut diabetis dan sudut kawalan penyakit
berjangkit yang sedia ada.
2.2.2
Poster hendaklah dikemaskini
mengikut tema bulanan dan pamphlet diletakkan dengan cukup.
2.2.3
Puan Norfaeza mencadangkan agar
poster disusun mengikut kod warna supaya mudah dikenalpasti mengikut tema dan
tersusun.
2.2.4
Bahan pendidikan kesihatan
perlu diletakkan dengan tersusun dan kemas di bilik mesyuarat dan baki bahan
pendidikan kesihatan perlu direkodkan dengan betul.
Makluman
2.3
HPC: Aktiviti HPC dan Gantt Chart
2.3.1
Pengerusi memaklumkan bahawa
setakat ini aktiviti HPC berjalan seperti yang dirancang dalam jadual dan
berharap jawatankuasa dapat terus mengekalkan prestasi cemerlang.
2.3.2
Aktiviti pendidikan kesihatan
perlu berterusan termasuk menayangkan video-video pendidikan di televisyen
kepada pesakit di ruang foyer setiap hari.
2.3.3
Pengerusi memaklumkan untuk
membaik pulih pintu bilik 5 supaya kelihatan baik dan tidak berserabut.
2.4
EKSA : Gotong royong
2.4.1
Mesyuarat bersetuju untuk
menjalankan aktiviti gotong royong EKSA sebanyak 3 kali setahun dan lebih
sekiranya perlu. mengikut jadual yang akan disediakan oleh setiausaha. Aktiviti
ini akan memberikan focus pada ruang kerja yang penting seperti di bilik
rawatan dan foyer.
2.4.2
Audit dalaman EKSA akan
dijalankan pada minggu kedua bulan Jun dan aktiviti pengiktirafan akan
dijalankan iaitu ruang kerja terbaik dan hadiah akan disediakan.
2.4.3
Unit promosi diminta untuk
menyediakan buletin EKSA untuk setiap 3 bulan. Edisi Januari-Mac dan edisi
April-Jun telah disediakan dan disebarkan kepada warga KKCB melalui whassap
group rasmi klinik.
2.5
Pembahagian Zon EKSA
2.5.1 Zon EKSA dibahagikan mengikut ruang kerja
dan setiap zon mempunyai ketua zon dan Person In Charge untuk setiap ruang
kerja.
Tindakan: semua AJK
3.
PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas pandangan dan cadangan
yang diberikan. Beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk memberikan
komitmen yang tinggi dalam menjalankan EKSA dan HPC di peringkat klinik. Pengerusi
berharap agar KKCB mendapat keputusan
yang cemerlang dalam audit nanti. Mesyuarat ditangguhkan sehingga diberitahu
tarikh yang akan datang.
Disediakan oleh:
(DR MASITA BINTI MUSA)
Setiausaha EKSA Klinik Kesihatan Cheras Baru.
Disahkan oleh
(DR NADIAH BINTI MOHAMAD ZAKI)
Penyelaras EKSA Klinik Kesihatan Cheras Baru.