Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2024

PELAN LANTAI EKSA KK CHERAS BARU 2024

Bagi tahun 2024, pembahagian zon EKSA di KK Cheras Baru telah dikemaskini dan dibahagikan kepada 3   subzon EKSA bagi memudahkan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti EKSA yang lebih berkesan. Subzon tersebut dikategorikan mengikut nama bunga iaitu: Subzon 1 ( Zon Carnation ) : merangkumi Unit Farmasi, Fever Centre, tempat meletak kenderaan dan pondok pengawal  Subzon 2 ( Zon Lavender ) : merangkumi Unit Jabatan Pesakit luar Subzon 3 ( Zon Marigold ) : merangkumi Surau dan Kabin Berikut merupakan pelan lantai subzon EKSA KK Cheras Baru. Slik klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. 

CARTA ORGANISASI JK KECIL EKSA KK CHERAS BARU 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Eksa KK Cheras Baru Bil 1/2024 telah diadakan pada 29 Februari 2024. JK Kecil EKSA bagi tahun  2024 telah dilantik secara rasmi di mesyuarat tersebut. Jawatan-jawatan yang disandang adalah seperti di carta organisasi yang dilampirkan. Tahniah di atas lantikan dan semoga setiap anggota yang dilantik dapat memberikan komitmen yang padu dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan cemerlang bagi memantapkan amalan EKSA di KK Cheras Baru.

CARTA PERBATUAN EKSA KK CHERAS BARU 2024

  Bagi tahun 2024, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memastikan pelaksanaan EKSA di KK Cheras Baru berjalan dengan lancar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah termasuk mesyuarat JK Kecil EKSA, gotong - royong bulanan dan Mega, latihan kepada kakitangan, audit kendiri dan audit silang EKSA. Semoga dengan adanya carta perbatuan ini, pelaksanaan EKSA di fasiliti ini menjadi lebih mantap lagi.

SURAT LANTIKAN AJK KECIL EKSA KKCB DAN CARTA ORGANISASI 2024

Tahniah di atas pelantikan ahli jawatankuasa JK Kecil EKSA KK Cheras Baru 2024. Semoga semua yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan cemerlang.